FAIQ (kiri) ketika beraksi bersama Leicester. FOTO Agensi
FAIQ (kiri) ketika beraksi bersama Leicester. FOTO Agensi
Agensi

PEMAIN bola sepak paling kaya di dunia meninggalkan Leicester dan menyertai kelab Portugal, Maritimo.

Faiq Bolkiah, 22, yang juga kerabat Sultan Brunei meninggalkan Foxes tanpa bermain dalam aksi profesional dan berharap perpindahan itu dapat meningkatkan kariernya.

Pernah dikaitkan dengan Wolves, pemain sayap dinamik itu salah seorang pewaris kekayaan Hassanal Bolkiah yang dianggarkan bernilai £22 billion (RM116 bilion).

Bagaimanapun, kehidupan istana dan kekayaan tidak menghalang Faiq meneruskan karier bola sepaknya.

Selepas beraksi bersama skuad belia AFC Newbury, Faiq mengikat kontrak setahun bersama akademi belia Southampton pada 2009.

FAIQ pernah menyarung jersi Chelsea. FOTO Agensi
FAIQ pernah menyarung jersi Chelsea. FOTO Agensi

Dia kemudiannya menjalani ujian di Arsenal pada 2013 dan beraksi bersama Gunners pada Piala Lion City 2013.

Faiq berjaya menjaringkan gol dalam kejohanan itu ketika menentang pilihan belia Singapura.

Kemampuannya menarik minat Chelsea dan menawarkan kontrak dua tahun pada 2014 tetapi meninggalkan Stamford Bridge pada Disember 2015 dan berpindah ke Leicester dengan kontrak tiga tahun.

Walaupun tidak beraksi dalam bola sepak profesional di England, Faiq beraksi bersama skuad kebangsaan Brunei sebanyak sembilan kali dan menjaringkan satu gol selain mengemudi pasukan Brunei pada Piala Tsunami Kesatuan Dunia Aceh 2017.

Dilahirkan di Los Angeles, Faiq boleh beraksi untuk Amerika Syarikat tetapi dia setia dengan keluarganya dan lebih suka tinggal berdekatan dengan mereka.

''Saya bermain bola sepak sejak kecil lagi dan menikmati aksi di atas padang,'' katanya.

''Ibu bapa saya sangat menyokong dalam membantu saya mencapai impian menjadi pemain bola sepak.

"Mereka gigih melatih saya dari segi psikologi dan fizikal ketika kanak-kanak, jadi mereka adalah contoh terbaik bagi saya.''

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2020 @ 11:35 PM