Budapest: Tandukan Javi Martinez pada masa tambahan membolehkan juara Liga Juara-Juara, Bayern Munich mencatat kemenangan 2-1 ke atas Sevilla dalam saingan Piala Super UEFA di Budapest pagi tadi.
Ia adalah trofi keempat buat pasukan dari Jerman itu dalam tahun ini.
Selepas Lucas Ocampos menyempurnakan penalti di awal permainan buat Sevilla, Leon Goretzka menyamakan kedudukan tatkala dua jaringan Bayern dibatalkan pada separuh masa kedua, sebelum pemain gantian, Martinez menanduk masuk gol kemenangan pada minit 104.