ROMEL Morales (kanan) sandaran Melaka berdepan Sabah. FOTO Nazri Abu Bakar
ROMEL Morales (kanan) sandaran Melaka berdepan Sabah. FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar


Melaka: Beraksi di Likas bukan sesuatu yang mudah buat Melaka apabila bertemu Sabah pada aksi Liga Super malam esok.

Pengurus pasukannya, Muhammad Akram Abdullah berkata, kunjungan ke Sabah membawa misi wajib menang walaupun bakal berdepan tugas mencabar.

Menurutnya,selepas kehilangan dua mata berikutan terikat 1-1 berdepan PJ City di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput minggu lalu pemain diminta lebih fokus untuk meningkatkan prestasi sekali gus menebus semula keputusan berkenaan.

Katanya, kutipan mata maksimum dalam perlawanan berkenaan amat penting tambahan kedudukan pasukan di carta liga yang masih belum selesa.

"Apa yang pasti dua aksi selepas berdepan Sabah termasuk bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah dilihat lebih getir dan berliku.

"Justeru, kemenangan ke atas Sabah bakal menyuntik motivasi lebih positif sebelum bertembung dua skuad terbaik Liga Super terbabit," katanya.

Sementara itu, bekas pemain Melaka Johor dan Pahang era 1980-an, Razak Majid berkata, diatas kertas skuad Hang Tuah tidak menghadapi kesukaran untuk meraih tiga mata.

Malah berdasarkan prestasi semasa keputusan mampu berpihak kepada pelawat terutama skuad bimbingan jurulatih Zainal Abidin Hassan yang kian mantap dibarisi pemain tengah yang konsisten termasuk Safiq Rahim dan Romel Morales.

Bagaimanapun, tuan rumah mampu bertindak luar biasa malah boleh mengejutkan Melaka jika tidak berhati- hati.

Razak berkata, berdasarkan pengalaman lalu, dia melihat Sabah amat liat dan memiliki semangat yang tinggi ketika mereka beraksi di laman sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 6:50 PM