ANDY Cole berkata Sancho tidak mampu membantu Man United memenangi kejuaraan EPL. FOTO AFP
ANDY Cole berkata Sancho tidak mampu membantu Man United memenangi kejuaraan EPL. FOTO AFP
Agensi

London: Andy Cole memberi amaran kepada Manchester United bahawa kelab itu belum bersedia untuk bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Cole yang juga legenda United berkata, misi itu juga tidak akan berhasil sekalipun jika mereka berjaya mendapatkan pemain yang menjadi sasaran utama, Jadon Sancho.

Bekas penyerang berusia 48 tahun itu berkata: "Saya mahu menyatakan Man United akan memenangi kejuaraan liga musim ini. Tapi kemudian saya pandang ke cermin dan berkata kenapa saya berbohong?

"Tiada gunanya saya mempertahankan sesuatu yang tidak realistik. Kita perlu bersikap jujur dan United masih ketinggalan.

"Jika anda membeli Jadon Sancho adakah ia bermakna Man United akan memenangi kejuaraan liga?

"Anda memperkatakan seorang pemain yang mampu meletakkan kelab semakin hampir memenangi kejuaraan liga.

"Tapi lihat bagaimana Liverpool menambah dua pemain yang bagus, begitu juga Manchester City. Sancho hanya mampu memperbaiki kedudukan United tetapi untuk memenangi liga masih jauh lagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 7:43 PM