JENTERA Vettel terpaksa dibawa keluar ketika sesi ujian masa selepas terbabit dalam kemalangan. FOTO AFP
JENTERA Vettel terpaksa dibawa keluar ketika sesi ujian masa selepas terbabit dalam kemalangan. FOTO AFP
AFP

Sochi: Sebastian Vettel mengakui dia mengambil banyak risiko sebelum hilang kawalan menyebabkan jenteranya terbabit dalam kemalangan dalam saingan kelayakan yang penuh dengan insiden di Grand Prix (GP) Russia.

Juara dunia empat kali dari Jerman itu, yang beraksi pada musim terakhir bersama Ferrari berkata, dia cuba untuk melakukan pecutan dan jenteranya hilang kawalan.

"Jentera saya hilang kawalan dan saya gagal untuk mengawalnya. Awal-awal di sekeloh kedua saya sudah hilang kawan dan berikutnya di selekoh keempat.

"Saya sangat bergelut, terutama pada pusingan pertama dan saya cuba untuk mengambil risiko. Bagaimanapun, saya gagal mengejar masa.

"Secara keseluruhannya, saya tidak gembira. Berbanding pada sesi latihan di sebelah pagi, saya sedikit bergelut ketika waktu tengah hari," kata Vettel.

Vettel berkata, jenteranya tidak laju, di mana dia cuba untuk mengimbanginya dengan mengambil risiko sekali gus menyebabkan tayar bahagian depannya rosak selepas melanggar penghadang di selekoh keempat.

Rakan sepasukannya, Charles Leclerc hampir terlanggar Vettel ketika sedang mengekorinya ketika di pusingan pemanas badan.

Bagaimanapun, Leclerc sempat membrek dan mengelak daripada berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2020 @ 2:47 PM