Penyerang Leicester, Jamie Vardy (kiri) memperdayakan penjaga gol, Manchester City, Ederson (kanan) untuk gol kedua pasukannya. FOTO AFP
Penyerang Leicester, Jamie Vardy (kiri) memperdayakan penjaga gol, Manchester City, Ederson (kanan) untuk gol kedua pasukannya. FOTO AFP
AFP

London: Hatrik Jamie Vardy memberi ancaman awal kepada Manchester City untuk kembali memburu gelaran Liga Perdana ketika melepaskan tiga penalti dalam kekalahan 2-5 kepada Leicester, awal pagi ini.

City beraksi di gelanggang sendiri tanpa kesebelasan terbaik mereka kerana kecederaan dan jangkitan Covid-19 namun kepincangan di bahagian pertahanan sekali lagi menjadi masalah buat pasukan itu.

Kegagalan mengawal pergerakan pantas dan penyudah baik Vardy menyebabkan skuad Pep Guardiola melepaskan lima gol buat pertama kali dalam karier kejurulatihannya.

Leicester mendaki ke kedudukan teratas liga tetapi perlu bangkit daripada ketinggalan untuk melebarkan permulaan sempurna musim ini apabila sepakan Riyad Mahrez membuka jaringan berdepan bekas kelabnya selepas hanya empat minit.

JARINGAN kemenangan Leicester menerusi Vardy pada minit ke-80. FOTO AFP
JARINGAN kemenangan Leicester menerusi Vardy pada minit ke-80. FOTO AFP

"Masalahnya ialah kami memberikan tekanan tambahan terhadap diri sendiri untuk menjaringkan gol kedua dan ketiga.

"Kami perlu lebih tenang, kami tiada pemain yang boleh menyerang ke dalam kotak penalti seperti yang kami mahukan.

"Saya tidak mengaku kalah, saya akan cuba mencari penyelesaian." kata Guardiola.

City dilaporkan semakin hampir mendapatkan pertahanan tengah Benfica, Ruben Dias dan keperluan terhadap pertahanan tengah amat jelas ketika Vardy mudah mengatasi pasangan baharu, Eric Garcia dan Nathan Ake.

"Kami mula menyukarkan mereka dan ia menjadi ancaman.

"Kami tahu jika terus dengan perancangan itu, kami ada peluang." kata Vardy.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 9:13 AM