Penyerang PSG, Mauro Icardi (kanan) melakukan rembatan untuk membantu pasukannya mencatat kemenangan ke atas Reims. FOTO AFP
Penyerang PSG, Mauro Icardi (kanan) melakukan rembatan untuk membantu pasukannya mencatat kemenangan ke atas Reims. FOTO AFP
AFP

Paris: Mauro Icardi menamatkan kemarau jaringan apabila meledak dua gol ketika membantu kemenangan 2-0 Paris Saint-Germain dalam saingan Ligue 1 di Reims, awal pagi ini.

Terdahulu, Monaco mengatasi Strasbourg 3-2 selepas dua pemainnya dibuang padang manakala Lille naik ke tangga kedua selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Nantes.

PSG, yang membuka musim ini dengan dua kekalahan, menang 2-0 dan kini berkedudukan ketujuh, dua mata di belakang pendahulu liga, Rennes.

"Adalah penting untuk penyerang menjaringkan gol.

"Hari ini kami kurang menyerlah untuk menamatkan perlawanan lebih awal, namun kami gembira dengan keputusan ini." kata Icardi selepas meledak kali pertama sejak Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 11:58 AM