Pengarah ragbi Afrika Selatan, Rassie Erasmus. FOTO Agensi
Pengarah ragbi Afrika Selatan, Rassie Erasmus. FOTO Agensi
AFP

Johannesburg: Pengarah ragbi Afrika Selatan, Rassie Erasmus berkata mungkin tidak selamat untuk Springboks menyertai Kejohanan Ragbi 2020 berikutan kurang minit perlawanan.

Juara dunia itu dijadualkan beraksi dua perlawanan masing-masing berdepan Argentina dan tuan rumah Australia dan lawan sengit, New Zealand antara 7 November hingga 12 Disember ini.

Ketika pemain New Zealand sudah bermain sejak Jun dan pemain Australia sejak Julai, Covid-19 ternyata lebih menjejaskan Afrika Selatan dengan saingan musim ini kembali disambung hanya pada Sabtu lalu.

"Kami mempunyai salah satu pengasingan yang mencabar dalam dunia dan kebanyakan pemain berada di kediaman masing-masing hampir berbulan-bulan," kata Erasmus.

"Di negara lain pemain mungkin dapat berlatih atau sekurang-kurangnya pergi ke taman dan bersenam, tetapi kami tidak dapat melakukan itu.

"Jika berdasarkan keperluan sains, kami harus mendapatkan lima atau enam perlawanan untuk pemain demi kebaikan mereka. Ia supaya menjadikannya selamat bagi mereka dan kami sedang berusaha untuk melakukannya.

"Pemain mungkin memerlukan 500 minit perlawanan untuk lebih selamat," kata Erasmus yang menjadi tonggak utama di belakang kejayaan Springboks pada Piala Dunia Ragbi 2019 di Jepun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2020 @ 12:19 PM