PARKER (tiga dari kiri) kurang bersetuju dengan tindakan pemilik kelab, Khan. FOTO AFP
PARKER (tiga dari kiri) kurang bersetuju dengan tindakan pemilik kelab, Khan. FOTO AFP
AFP

London: Jurulatih Fulham, Scott Parker berkata beliau kecewa dengan pemilik kelab, Tony Khan yang meminta maaf di atas prestasi pasukannya yang kalah 0-3 kepada Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Khan dalam laman sosial Twitter, meminta maaf di atas keputusan yang dicatatkan di Craven Cottage, yang menyaksikan pendatang baru EPL itu gagal meraih sebarang mata selepas tiga perlawanan.

Beliau berjanji akan membuat rombakan sebelum jendela perpindahan berakhir minggu depan.

Parker berkata, sebagai pemilik, Khan memang ada hak untuk menggunakan pendekatan yang dirasakan sesuai.

"Ia satu tindakan yang saya kurang bersetuju, ia sebenarnya tidak membantu namun seperti saya nyatakan ia terserah kepada pemilik kelab itu sendiri.

"Saya memang kecewa dengan tindakan itu dan pendekatan meminta maaf di atas prestasi pasukan membuatkan saya kurang bersetuju dan sepatutnya tidak perlu dilakukan.

"Aksi semalam adalah terbaik, di mana beberapa pemain sudah memberikan apa yang mereka termampu, bekerja keras tanpa berasa penat dari minit pertama hingga minit ke-95,"

Cabaran Parker seterusnya ialah berdepan pusingan keempat Piala Liga Khamis ini berdepan, Brentford, yang sudah pasti mahu membalas dendam selepas ditumpaskan dalam aksi final playoff Liga Kejuaraan musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 12:03 AM