Harry Kane (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya. FOTO AFP
Harry Kane (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya. FOTO AFP
AFP

London: Jose Mourinho percaya pemainnya diletakkan dalam bahaya oleh pengendali bola sepak ketika Tottenham menewaskan Chelsea 5-4 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 untuk mara ke suku akhir Piala Liga.

Skuad kendalian Mourinho beraksi dua daripada empat perlawanan dalam tempoh lapan hari untuk tiga kejohanan berbeza.

Hanya Eric Dier dikekalkan beraksi dalam pasukan yang memulakan perlawanan Liga Perdana pada Ahad ketika seri 1-1 menentang Newcastle dan pertahanan England terpaksa berkerja keras.

Jose Mourinho. FOTO AFP
Jose Mourinho. FOTO AFP

"Jumlah minit permainan adalah merbahaya. Apa yang saya lakukan hari ini kepada Eric Dier adalah sangat bahaya," kata Mourinho yang menyifatkan bahawa penyahhidratan boleh menyebabkan masalah pemain pertahanan.

"Ia sepatutnya tidak boleh dibenarkan iaitu bermain dua perlawanan dalam 48 jam. Apa yang dilakukan Eric Dier bukan berperikemanusiaan."

Jaringan pertama Timo Werner buat Chelsea menghukum skuad kendalian Mourinho dalam penguasaan awal permainan anak buah Frank Lampard.

Tetapi Erik Lamela menyamakan kedudukan buat Spurs tujuh minit sebelum tamat perlawanan dan penjaga gol baru Chelsea, Edouard Mendy gagal menyekat Dier, Lamela, Pierre-Emile Hojbjerg, Lucas Moura dan Harry Kane menjaringkan gol penalti.

Tammy Abraham, Cesar Azpilicueta, Jorginho dan Emerson berjaya menyempurnakan penalti sebaliknya hanya Mason Mount gagal melaksanakan tanggungjawab buat Chelsea.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 7:13 AM