Bintang Barcelona, Lionel Messi. FOTO AFP
Bintang Barcelona, Lionel Messi. FOTO AFP
AFP

Barcelona: Lionel Messi meminta "ditamatkan" perbalahan di Barcelona ketika dia memohon penyatuan di kelab yang cuba ditinggalkan pada awal musim ini.

Kapten Barcelona itu bercakap kepada akhbar Barcelona, Sport dalam satu temu bual diterbitkan secara dalam talian awal pagi ini.

"Selepas terlalu banyak perselisihan, saya mahu menamatkannya," kata Messi.

"Kami mesti bersatu di Barcelona dan berharap yang terbaik akan tiba."

Messi merujuk kepada cubaan memaksa Barcelona melepaskannya daripada kontrak tahun terakhirnya selepas penamat musim yang sukar menyebabkan kelab berkenaan gagal memenangi trofi.

"Saya pikul tanggungjawab di atas kesilapan saya jika ada, ia hanya akan menjadikan FC Bercelona lebih kuat dan baik," kata pemain Argentina itu.

"Saya mahu menghantar mesej kepada semua ahli kelab dan penyokong.

"Jika ada yang terganggu dengan apa yang saya kata atau lakukan, mereka tidak seharusnya meraguinya, saya selalu memikirkan apa yang terbaik demi kelab.

"Menambah semangat dan keinginan akan menjadi satu-satunya cara untuk mencapai objektif kita, selalu bersatu dan bergerak ke arah yang sama," kata Messi yang Jumaat lalu turut mengkritik cara Barcelona membiarkan Luis Suarez pergi dengan mengatakan "kebenaran itu tidak mengejutkannya lagi."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 10:18 AM