MAGUIRE kembali dipanggil sertai skuad England. FOTO AFP
MAGUIRE kembali dipanggil sertai skuad England. FOTO AFP
AFP

London: Kapten Manchester United, Harry Maguire disenaraikan dalam skuad England untuk aksi bertemu Wales, Belgium dan Denmark selepas digugurkan berikutan insiden dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah Greece.

Gareth Southgate turut memanggil penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin buat kali pertama serta Harvey Barnes (Leicester) dan Bukayo Saka (Arsenal).

Rakan sepasukan Maguire di Manchester United, Mason Greenwood dan pemain Manchester City, Phil Foden diketepikan daripada skuad 30 pemain selepas di hantar pulang daripada kem latihan England di Iceland bulan lalu kerana melanggar peraturan Covid-19.

Southgate memanggil Maguire Ogos lalu untuk aksi Liga Negara-Negara bertemu Iceland dan Denmark tetapi diketepikan selepas pemain berusia 27 tahun itu didapati bersalah atas beberapa kesalahan.

Antaranya termasuk bergaduh dengan anggota polis, cubaan memberi rasuah dan beberapa pertuduhan lain berikutan insiden pergaduhan di kelab malam dekat Mykonos.

Dia kemudian dikenakan hukuman penjara tertangguh selama 21 bulan dan 10 hari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2020 @ 10:33 PM