TROFI Liga Juara-Juara yang dipamerkan pada majlis undian hari ini. FOTO AFP
TROFI Liga Juara-Juara yang dipamerkan pada majlis undian hari ini. FOTO AFP
AFP

Geneva: Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo akan bersaing sesama sendiri pada musim baharu Liga Juara-Juara selepas Barcelona dan Juventus diletakkan dalam kumpulan sama menerusi undian yang berlangsung hari ini.

Kelab kedua-dua pemain bintang itu diletakkan dalam Kumpulan G bersama-sama Dynamo Kiev dari Ukraine serta kelab Hungary, Ferencvaros.

Messi dan Ronaldo akan meneruskan perseteruan mereka yang bermula sejak bintang Portugal itu di Real Madrid.

Di antara kedua-dua mereka sudah memenangi 11 daripada 12 anugerah Ballons d'Or.

Sementara itu finalis 2020, Paris Saint-Germain (PSG) berpeluang untuk membalas dendam ke atas Manchester United yang mengetepikan mereka pada pusingan 16 terakhir dua musim lalu.

PSG juga akan bertemu RB Leipzig di Kumpulan H.

Kedua-dua pasukan bertemu pada separuh akhir di Lisbon, Ogos lalu yang menyaksikan PSG mencatat kemenangan 3-0 sebelum tewas kepada Bayern Munich pada aksi final.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2020 @ 1:03 AM