Poster di Facebook Pahang FA
Poster di Facebook Pahang FA
Asrol Awang


Kuantan: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM8,000 kepada peminat Pahang mencipta logo dan nama baharu skuad itu.

Menerusi hantaran Facebook Pahang FA, wang tunai, masing-masing RM4,000 bakal menjadi milik individu yang berjaya mencipta logo dan nama baharu skuad itu.

"Selepas mengambil pandangan dan maklum balas penyokong Pahang, pihak pengurusan bersetuju untuk membuka peluang kepada peminat mencadangkan nama dan juga mencipta logo baharu pasukan Pahang yang diswastakan.

"Serlah bakat anda dan berpeluang untuk memenangi hadiah sehingga RM8,000," menerusi hantaran itu. Sementara itu, pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian berkata, penciptaan logo dan nama baharu skuad itu memberi peluang kepada peminat untuk memberikan idea dan kreativiti.

"Bagaimanapun, syarat kelayakan akan diumumkan esok untuk memastikan logo yang dicipta itu tidak mempunyai persamaan atau meniru logo pihak lain," katanya.

Baru-baru ini, Sri Pahang dikatakan dipilih bagi menggantikan skuad Pahang selepas diswastakan.

Bagaimanapun, segelintir peminat skuad Tok Gajah tidak bersetuju dengan nama Sri Pahang dan mahu nama itu ditukar kepada nama lain.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2020 @ 9:34 PM