FINAU disahkan positif Covid-19 dan tidak akan beraksi di Las Vegas. FOTO AFP
FINAU disahkan positif Covid-19 dan tidak akan beraksi di Las Vegas. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Pemain golf Amerika Syarikat (AS), Tony Finau menarik diri daripada Terbuka Shriners Hospitals Open di Nevada selepas dia diuji positif Covid-19.

Menurut Jelajah PGA dalam satu kenyataan, pemain nombor 16 dunia itu diuji positif dalam ujian sebelum kejohanan, menjelang aksi yang akan berlangsung di TPC Summerlin in Las Vegas.

Finau kemudiannya membuat pengesahan bahawa dia positif dalam satu kenyataan di Twitter.

"Awal pagi tadi, saya menerima keputusan positif selepas ujian yang dilakukan di bawah protokol ujian PGA TOUR dan sudah memulakan kuarantin kendiri untuk menyelamatkan orang lain di sekeliling.

"Saya berasa okay dan masih lagi dalam keadaan bersemangat," kata Finau yang bakal digantikan dengan Bronson Burgoon.

Finau, 31, tidak pernah beraksi sejak Terbuka AS, di mana dia berkongsi kedudukan kelapan bersama empat lagi pemain lain.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2020 @ 2:06 PM