IBRAHIMOVIC (tengah) meraikan kemenangan AC Milan. FOTO AFP
IBRAHIMOVIC (tengah) meraikan kemenangan AC Milan. FOTO AFP
AFP

Milan: Zlatan Ibrahimovic menjaringkan dua gol pada perlawanan pertamanya sejak dijangkiti wabak Covid-19 ketika AC Milan menewaskan seteru setempat, Inter Milan 2-1 sekali gus naik di tangga teratas Serie A.

"Saya sangat dahagakan kemenangan dan mahu menunjukkan kemampuan diri," kata Ibrahimovic.

"Mereka penjarakan 'bintang' yang salah di rumah selama dua minggu.

"Bukan mudah untuk sentiasa berada di rumah dan kemudian beraksi pada perlawanan kompetitif. Badan saya menggigil kerana mahu 'bekerja' dan beraksi.

"Saya sedikit kehilangan deria rasa tetapi melakukan ujian swab setiap tiga hari. Tiada siapa dapat menghalang saya untuk beraksi pada perlawanan ini.

"Perlawanan 'derby' ini cukup penting kerana AC Milan tidak pernah menang selama empat tahun," katanya.

Pemain veteran berusia 39 tahun itu meledak dua gol di awal permainan dan turut menjaringkan gol Februari lalu namun Inter meraih kemenangan 4-2.

Dia gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-13 namun menjaringkan gol susulan daripada itu sebelum menambah gol kedua tiga minit kemudian selepas menerima hantaran Rafael Leao.

Romelu Lukaku merapatkan jurang pada babak kedua tetapi masih gagal menafikan kemenangan AC Milan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 10:28 AM