EUIS tunggang motosikal lapan jam pulang ke rumah selepas tamat sesi latihan.
EUIS tunggang motosikal lapan jam pulang ke rumah selepas tamat sesi latihan.
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Bekas jurulatih skuad wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang sekarang ini mengendalikan pasukan Hoki Jawa Barat (JABAR), Indonesia dilihat semakin selesa dan mula mengenali pemainnya dengan lebih dekat.

Melalui perkongsian di laman sosial Facebook, Dhaarma Raj sempat menceritakan mengenai salah seorang pemainnya, Euis Nuraeni yang berkorban menunggang motosikal selama lapan jam selepas tamat latihan.

"Pemain hoki dalam dewan Jawa Barat, Euis Nuraeni akan bertolak pulang ke rumah selepas selesai latihan pagi di Sukabumi. Dia akan menunggang motosikal selama lapan jam. Esok pagi dia akan bertugas sebagai guru di sekolah," kata Dhaarma Raj hari ini.

Ujar Dhaarma Raj, Euis juga mengambil bahagian di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 dengan membantu negaranya meraih pingat perak.

"Euis juga menjaringkan gol ketika Indonesia berjaya mengikat Malaysia 1-1," katanya.

Di temasya berkenaan Indonesia meraih perak selepas tumpas 1-4 kepada Thailand dalam perlawanan akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 6:12 PM