MASIA merai kejayaan di Alcaniz, Sepanyol. FOTO AFP
MASIA merai kejayaan di Alcaniz, Sepanyol. FOTO AFP

Alcañiz, Sepanyol: Pelumba remaja Sepanyol, Jaume Masia muncul juara Moto3 Grand Prix Aragon hari ini manakala rakan sepasukan Albert Arenas menduduki tangga ketujuh bagi mengukuhkan kedudukan pendahulu di kejohanan dunia.

Masia yang menunggang Honda dicabar sengit pelumba KTM dari Afrika Selatan, Darryn Binder dengan seorang lagi pelumba KTM dari Sepanyol, Raul Fernandez di tempat ketiga.

Fernandez yang bermula di petak hadapan meraih podium pertama Moto3.

"Saya tak sangka menang tetapi kami bekerja keras minggu ini. Pada bahagian akhir perlumbaan tayar saya sudah botak,'' kata Masia yang meraih kejuaraan kedua kelas Moto3 clas dan kini menduduki tangga keenam klasifikasi kejohanan dunia.

Masia yang berusia 19 tahun muncul pemenang berbeza ke-100 buat Honda dalam semua kategori. Kemenangan pertama pada 1961.

Arenas menjarakkan kedudukan dalam carta pelumba kepada 13 mata mengatasi pelumba Jepun, Ai Ogura yang menduduki tangga ke-14 dalam perlumbaan hari ini manakala 18 mata mengatasi pelumba Itali, Celestino Vietti yang menduduki tangga kesembilan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 9:58 PM