MAC Allister meraikan jaringan. FOTO AFP
MAC Allister meraikan jaringan. FOTO AFP
Agensi

London: Alexis Mac Allister muncul penyelamat Brighton selepas meledak gol pada lewat perlawanan untuk memaksa keputusan seri 1-1 menentang Crystal Palace di Selhurst Park, hari ini.

The Eagles tampak hampir memenangi perlawanan menerusi jaringan penalti babak pertama oleh Wilfried Zaha tetapi pemain Argentina,

Mac Allister mengecewakan tuan rumah seminit sebelum masa tambahan menerusi rembatan di luar kotak penalti.

Tambahan tujuh minit masa kecederaan menyaksikan Lewis Dunk dilayangkan kad merah selepas mengasari Gary Cahill ketika berlaku kelam kabut di pintu Palace.

Sementara itu dalam perlawanan awal, Sheffield United turut seri 1-1 menentang Fulham di Bramall Lane.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 11:49 PM