X
ROONEY bekas kapten Manchester United dan England. FOTO Agensi
ROONEY bekas kapten Manchester United dan England. FOTO Agensi
AFP

London: Wayne Rooney berkata dia marah dan kecewa apabila terlepas tiga aksi bersama skuad Championship, Derby susulan tempoh kuarantin yang perlu dijalani walaupun keputusan ujian mendapati dia negatif koronavirus.

Bekas kapten Manchester United dan England yang kini menjadi jurulatih dan pemain di Derby, dikunjungi rakan yang kemudiannya didapati positif Covid-19.

Dalam kenyataannya di Twitter, Rooney berkata: "Baharu sahaja terima berita ujian Covid 19 menunjukkan saya tidak dijangkiti virus itu. "Gembira buat saya dan keluarga tetapi marah serta kecewa selepas saya perlu menjalani kuarantin yang bermakna saya terlepas aksi penting untuk @dcfcofficial."

Akhbar The Sun melaporkan, pemain berusia 34 tahun itu dikunjungi rakannya yang datang ke rumah pada Khamis lalu dan memberikannya jam tangan walaupun dia sepatutnya menjalani kuarantin. Rakannya itu kemudiannya didapati positif Covid 19.

Rooney tidak mengambil berat protokol kesihatan dan beraksi ketika Derby tewas 0-1 kepada Watford sehari selepas kunjungan rakannya pada Jumaat lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2020 @ 10:12 PM