Diego Costa. FOTO Agensi
Diego Costa. FOTO Agensi
AFP

Madrid: Diego Costa akan terlepas aksi pembukaan Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara berdepan Bayern Munich selepas kelab La Liga itu mengesahkan penyerangnya itu mengalami kecederaan otot paha.

Dalam satu kenyataan, Atletico berkata ujian "mengesahkan dia mengalami kecederaan otot pada paha kiri", bermakna dia tidak akan bermain pada saingan awal pagi Khamis ini di Bavaria.

Atletico tidak menyatakan dengan jelas berapa lama pemain berusia 32 tahun itu akan kembali selepas dikeluarkan ketika skuad itu menang 2-0 berdepan Celta Vigo, Sabtu lalu.

Tempat pemain antarabangsa Sepanyol kelahiran Brazil itu yang digandingkan dengan pemain baharu dibeli, Luis Suarez di bahagian serangan Atletico dijangka akan diisi Joao Felix bagi pertemuan di Alianz Arena.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 7:48 AM