Pengurus Manchester City, Pep Guardiola. FOTO Agensi
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola. FOTO Agensi
AFP

London: Pep Guardiola memulakan usaha terbaru memacu Manchester City memburu kegemilangan dalam Liga Juara-Juara (UCL) ketika bayangan kekecewaan silam menimbulkan kebimbangan mengenai kemampuannya mencari gelaran masih belum dimiliki itu.

City melayan kunjungan Porto pada aksi pembukaan kumpulan UCL awal pagi Khamis ini.

Di sebalik semua kejayaan domestik sejak kebelakangan ini, City gagal melepasi separuh akhir UCL.

Malah pengendali dari Sepanyol itu mendapati kejohanan itu terlalu sukar sejak hampir sedekad lalu.

Sejak dia memenangi UCL sebagai bos Barcelona buat kali kedua pada 2011, Guardiola gagal untuk kembali ke pentas final kejohanan kelab elit Eropah itu.

Kemarau sembilan tahun itu termasuk tempoh empat tahun sejak dia mengambil alih City pada 2016.

Pada ketika itu Guardiola melihat City tumpas kepada Monaco pada kelompok 16 terakhir serta Liverpool, Tottenham dan Lyon pada suku akhir.

Dia juga tewas tiga separuh akhir ketika bergelar pengurus Bayern Munich sebelum berpindah ke City.

Kejutan ketika tewas 1-3 ke atas Lyon di Lisbon musim lalu jelas memberi kesan ketika City diletakkan sebagai pilihan untuk mengatasi kelab Perancis itu.

Guardiola harus dipersalahkan kerana taktikal yang jelas tidak dapat dilakukan pemainnya untuk menukar saingan itu menjadi milik City.

Kritikan turut dilontarkan kepada Guardiola bahawa kejayaan dikecapi dalam UCL di Barcelona adalah disebabkan kehadiran pemain hebat seperti Lionel Messi.

Malah faktor positif berikutan kekalahan kepada Lyon adalah bukan penamat kepada kehadiran mereka sekali lagi di Eropah musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 9:57 AM