SALAH akan menggunakan kasut bola khas di Liga Juara-Juara bertemu Ajax. FOTO Agensi
SALAH akan menggunakan kasut bola khas di Liga Juara-Juara bertemu Ajax. FOTO Agensi
Agensi

London: Bintang Liverpool, Mohamed Salah akan menggunakan kasut bola khas keluaran Adidas pada aksi Liga Juara-Juara selepas menjaringkan 100 gol untuk kelab itu ketika bertemu Everton, Sabtu lalu.

Salah muncul pemain pertama Liverpool melakar rekod itu dalam era kini sejak Steven Gerrard melakukannya pada 2008.

Bagi meraikan kejayaan Salah, Adidas mereka kasut bola khas untuknya yang akan digunakan apabila Liverpool bertemu Ajax Khamis ini.

Ia menyaksikan Salah akan menyarung kasut bola berwarna emas dan putih dengan perkataan 'Salah100' di sebelah tepi.

Salah sudah mencuba menggunakan kasut bola khas itu pada sesi latihan dan dia pastinya mahu meledak gol apabila menggunakannya pada aksi pembukaan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

The Reds akan berkunjung ke Ajax selepas melakar keputusan seri 2-2 ketika bertemu Everton.

Liverpool akan beraksi tanpa Virgil Van Dijk dan Thiago Alcantara yang berdepan kecederaan.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bagaimanapun yakin Naby Keita yang dijangkiti wabak Covid-19 sebelum ini akan kembali beraksi selepas ujian swab ke atasnya didapati negatif.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 10:33 PM