TRATNIK meraikan kejayaannya mengungguli peringkat perlumbaan ke-16. FOTO AFP
TRATNIK meraikan kejayaannya mengungguli peringkat perlumbaan ke-16. FOTO AFP
AFP

San Daniele del Friuli: Pelumba Slovenia, Jan Tratnik mengungguli peringkat perlumbaan ke-16 Giro d'Italia manakala pelumba Portugal, Joao Almeida kekal menyarung jersi merah jambu selaku pendahulu keseluruhan pada minggu terakhir perlumbaan berprestij itu.

Tratnik, 30, yang beraksi untuk Bahrain McLaren, melepasi garisan penamat tujuh saat di depan pelumba Australia, Ben O'Connor.

Almeida yang beraksi bersama pasukan Deceuninck, menamatkan saingan dengan kelebihan hampir 13 minit berbanding kumpulan yang dibarisi pelumba pilihan untuk mengekalkan kedudukan pendahulu keseluruhan.

Perlumbaan akan berakhir di Milan pada 25 Oktober.

Pakar pecut Colombia, Fernando Gaviria adalah antara dua individu didapati positif Covid-19 sebelum bermulanya peringkat perlumbaan itu. Individu kedua adalah kakitangan pasukan AG2R La Mondiale.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 11:59 PM