Jurulatih Chelsea, Frank Lampard memberi arahan kepada pemainnya pada aksi Liga Juara-Juara. FOTO AFP
Jurulatih Chelsea, Frank Lampard memberi arahan kepada pemainnya pada aksi Liga Juara-Juara. FOTO AFP
AFP

London: Frank Lampard mengakui dia gembira memperoleh satu mata dan tanpa bolos ketika Chelsea seri tanpa jaringan dalam saingan pembukaan Liga Juara-Juara berdepan Sevilla pagi ini selepas banyak kritikan terhadap kemampuan pertahanannya.

Edouard Mendy kembali daripada kecederaan untuk menggantikan Kepa Arrizabalaga di gawang namun pemain antarabangsa Senegal jarang berdepan masalah pada perlawanan itu berbanding awal saingan awal musim Liga Perdana.

Ketika itu Chelsea seri 3-3 sebanyak dua kali dalam lima perlawanan pembukaan mereka termasuk di laman sendiri berdepan Southampton ketika mereka mempersia-siakan dua kali kelebihan dimiliki.

Skuad Blues hanya menang dua daripada enam saingan kempen kali ini tapi tampak lebih kukuh dengan kehadiran Thiago Silva di bahagian pertahanan dengan dia memasukkan lima pemain baharu dalam kesebelasan utama itu.

"Dia sangat bagus hari ini. Dia membawa kualiti dan pengalaman yang memberi kesan kepada pemain lain selain memainkan peranan penting kami tidak bolos," kata Lampard mengenai pemain pertahanan tengah veteran dari Brazil itu.

"Kami boleh menjadi lebih baik. Kami tidak ada pemain di situ yang sentiasa bermain, lebih banyak kami lakukan, kami akan menjadi lebih baik."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 9:18 AM