PETRONAS SRT sedia pertimbang  untuk mengekalkan Super KIP  dalam pasukan jika menunjukkan peningkatan prestasi dalam baki empat perlumbaan saingan dunia.
PETRONAS SRT sedia pertimbang untuk mengekalkan Super KIP dalam pasukan jika menunjukkan peningkatan prestasi dalam baki empat perlumbaan saingan dunia.
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Bakat yang dimiliki oleh pelumba negara, Khairul Idham Pawi tidak harus dipersiakan kerana dia adalah pelumba yang pernah mengharumkan nama negara apabila berjaya mengibarkan jalur gemilang sebanyak dua kali di Kejuaraan Motosikal Dunia dalam saingan Moto3.

Ayah kepada pelumba negara itu, Pawi Omar amat berharap anaknya akan terus diberi peluang untuk meneruskan kerjayanya di Eropah dalam siri perlumbaan CEV.

"Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan teguran kepada Khairul selama ini. Saya ingin memohon ribuan kemaafan kepada semua pihak yang terbabit andai terkasar bahasa dalam situasi yang sukar ini.

"Sebagai seorang ayah sudah pasti saya inginkan yang terbaik buat anak saya dan sebagai seorang Melayu sudah pasti saya inginkan yang terbaik buat anak bangsa saya.

Begitulah harapan saya terhadap Khairul selama ini. Di sini ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan Petronas SRT (Sepang Racing Team) atas layanan baik semua kakitangan yang bersama Khairul.

"Namun demi masa depannya dan sebagai seorang ayah saya harap Khairul akan diberi peluang sekali lagi untuk berlumba di CEV," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 6:00 AM