AKSI  Coman meledak gol keempat Bayern.  FOTO AFP
AKSI Coman meledak gol keempat Bayern. FOTO AFP
Agensi

Munich: Juara bertahan Liga Juara-Juara, Bayern Munich melebarkan rekod kemenangan dalam kejohanan kepada 12 perlawanan berturut-turut selepas membelasah Atletico Madrid, awal pagi tadi.

Selepas 59 hari menjulang gelaran 2020 di Lisbon, anak buah Hansi Flick mempamerkan penguasaan dengan menang mudah ke atas skuad Diego Simeone.

Pemain sayap, Kingsley Coman yang juga penjaring gol kemenangan ketika menewaskan Paris St-Germain di Lisbon penghujung Ogos lalu meledak dua gol pada setiap babak dengan pemain tengah, Leon Goretzka dan Corentin Tolisso turut menggegar gawang lawan.

"Kami beraksi sangat baik, saya gembira dengan dua jaringan saya,'' kata Coman. ''Gol kemenangan pada final musim lalu menjadi motivasi sangat bagus tetapi ia sudah berlalu dan kami menjaringkan gol 'segar' musim ini.''

Hanya Real Madrid dan AC Milan berjaya mempertahankan Piala Eropah sejak Nottingham Forest melakukannya pada 1980 tetapi ramai menjangkakan Bayern mampu mengulanginya musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 8:53 AM