SOLER merai kejayaan di Navarra, Sepanyol. FOTO AFP
SOLER merai kejayaan di Navarra, Sepanyol. FOTO AFP
AFP

Lekunberri, Sepanyol: Marc Soler muncul juara peringkat kedua Vuelta a Espana dengan juara bertahan Primoz Roglic terus menyarung jersi merah sebagai pendahulu keseluruhan.

Pelumba Movistar dari Sepanyol, Soler menamatkan perlumbaan sejauh 151.6km dari Pamplona ke Lekunberri dengan mengatasi Roglic dan Dan Martin untuk kemenangan pertamanya pada saingan peringkat di jelajah utama.

Soler, 26, mula mendominasi selepas memecut pada penghujung perlumbaan dengan meninggalkan kumpulan daripada pencabar klasifikasi ketika berbaki 13km.

Pelumba Jumbo-Visma, Roglic yang terlepas gelaran Tour de France pada saingan akhir mengetuai kumpulan yang ketinggalan 19 saat di belakang Soler tetapi melebarkan jarak kepada 9 saat dalam carta keseluruhan dengan pelumba pasukan Israel Start-Up Nation, Martin kedua manakala Richard Carapaz ketiga.

Sementara itu, bekas juara dari Britain, Chris Froome yang berusia 35 tahun kehilangan 20 minit selepas dia ketinggalan dari peloton ketika berbaki 41km.

Froome kini mengalih tumpuan untuk membantu rakan sepasukan dari Ineos Grenadiers, Richard Carapaz yang menduduki tangga ketiga, salah satu strategi yang sering ditekankan Ineos.

Froome sendiri berkata, dia tidak menaruh harapan tinggi sebaliknya mahu mendapatkan semula sentuhan dalam suasana perlumbaan selain membantu pasukan mencapai sasaran memenangi saingan klasifikasi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 11:55 AM