RONALDO positif Covid-19 ketika bersama skuad kebangsaan Portugal. FOTO AFP
RONALDO positif Covid-19 ketika bersama skuad kebangsaan Portugal. FOTO AFP
Agensi

Turin: Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo didapati masih positif Covid-19 selepas melalui ujian buat kali kedua.

Sebelum ini, dia sudah pun didapati positif wabak itu ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Portugal awal bulan ini.

Bagaimanapun, sembilan hari selepas itu, Ronaldo masih belum bebas daripada dijangkiti wabak berkenaan.

Menurut akhbar Portugal, Correio de Manha, ujian terbaharu bintang berusia 35 tahun itu diperolehi hari ini.

Dengan pengesahan itu, bermakna Ronaldo tidak akan beraksi bersama Juventus pada saingan Liga Juara-Juara bertemu Barcelona minggu depan.

Ketiadaan Ronaldo menyaksikan skuad bimbingan Andrea Pirlo mencicirkan mata ketika bertemu Crotone di tempat lawan sebelum menewaskan Dynamo Kyiv pada aksi Liga Juara-Juara semalam.

Bekas bintang Manchester United itu ketika ini berada di Turin menjalani proses pengasingan diri.

Semalam dia memuatnaik video di akaun Instagram miliknya sedang melakukan senaman dan dilihat membotakkan kepalanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 9:11 PM