Penyerang Tottenham, Gareth Bale (kiri) beraksi dalam kesebelasan utama pasukan buat pertama kali di Stadium Tottenham Hotspur, London. FOTO AFP
Penyerang Tottenham, Gareth Bale (kiri) beraksi dalam kesebelasan utama pasukan buat pertama kali di Stadium Tottenham Hotspur, London. FOTO AFP
AFP

Paris: Gareth Bale berkata dia berasa gembira apabila "disayangi dan dihargai" ketika membantu Tottenham menang 3-0 ke atas LASK dari Austria dalam saingan Liga Europa awal pagi ini.

Pemain antarabangsa Wales memulakan perlawanan pertama sejak kembali dari Real Madrid dan beraksi sejam sebelum Jose Mourinho merehatkannya.

Bale pemain gantian pada Ahad lalu dengan Tottenham mendahului 3-0 berdepan West Ham sebelum pasukannya gagal mempertahankan kedudukan itu untuk perlawanan berakhir dengan kedudukan seri 3-3.

"Sangat menakjubkan untuk kembali semula," kata Bale kepada BT Sport.

"Ia adalah sebab besar kenapa saya beraksi baik dan kenapa saya kembali. Anda mahu disayangi dan dihargai. Saya akan memberikan segalanya untuk pasukan ini."

Bagaimanapun, dia mengakui ia mengambil masa untuk menemui prestasi sebenarnya.

"Saya masih kekok. Ia seperti pra musim kecil buat saya dan saya berusaha untuk beraksi bagi memantapkan permainan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 7:55 AM