Jurulatih Itali, Roberto Mancini. FOTO Agensi
Jurulatih Itali, Roberto Mancini. FOTO Agensi
AFP

Milan: Jurulatih Itali, Roberto Mancini memohon maaf kerana kartun ciapan melalui media sosial membabitkan seorang lelaki di hospital mengundang rasa tidak puas hati banyak pihak.

Mancini memuat naik kartun di Instagram storinya, di mana seorang jururawat bertanya kepada seorang pesakit di hospital: "Adakah anda tahu bagaimana anda mengalami kesakitan?"

"Lihat berita," balas pesakit itu.

Jenaka itu menarik perhatian di negara yang mencatat 16,079 kes baharu Covid-19 dan 136 kematian yang direkodkan semalam dengan hampir 39,000 rakyat Itali terkorban sejak bermulanya pandemik itu.

"Saya hanya berkongsi kartun yang pada saya untuk mengurangkan ketegangan di saat sukar. Itu sahaja," catat Mancini, 55, di Twitter.

"Tak ada maksud apa-apa dan tak ada niat untuk tidak menghormati pesakit serta mangsa Covid-19, jika demikian, saya minta maaf."

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 8:16 AM