Rafael Nadal rehat dari tenis dengan bermain golf. FOTO Agensi
Rafael Nadal rehat dari tenis dengan bermain golf. FOTO Agensi
AFP

Madrid: Rafael Nadal akan menggantikan raketnya dengan kayu golf untuk beraksi dalam Kejohanan Balearic di Mallorca esok menurut beberapa laporan di Sepanyol.

Nadal adalah pemain golf berbakat dengan handikap 0.3 dan dia akan menyertai senarai 60 pemain di kejohanan itu, termasuk 23 pemain profesional dan 37 amatur.

Ia bukan kejohanan pertama Nadal dalam sukan berkenaan, pemain Sepanyol itu menamatkan saingan di tempat kedua hujung minggu lalu dalam kejohanan V Test Circuit Hexagonal - Autovidal di Calvia.

Pemain tenis berusia 34 tahun itu menewaskan Novak Djokovic untuk muncul juara Terbuka Perancis ke-13 awal bulan ini seterusnya menyamai rekod 20 Grand Slam, Roger Federer.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 9:41 AM