X
AKSI Heung-min meledak gol ketiga Spurs. FOTO Agensi
AKSI Heung-min meledak gol ketiga Spurs. FOTO Agensi
AFP

London: Pengurus Tottenham, Jose Mourinho berkata dia menjangkakan Son Heung-min bakal ditawarkan kontrak jangka panjang lumayan selepas bintang Korea Selatan itu mempamerkan prestasi cemerlang pada permulaan musim ini.

Penyerang berusia 28 itu yang kontraknya tamat 2023 dilaporkan dalam proses rundingan mengenai kontrak baharu bersama kelab Liga Perdana itu.

Son menjaringkan sembilan gol dalam lapan perlawanan musim ini dan melakukan empat bantuan jaringan dan bergandingan baik dengan Harry Kane.

Mourinho percaya Son memang layak mendapat kontrak lumayan yang menjadikan dia salah seorang pemain bergaji paling mahal di kelab itu.

"Saya pasti sukakannya,'' katanya. "Son mempunyai baki kontrak tiga tahun jadi ia bukanlah dalam situasi yang membimbangkan kami.

"Son nampaknya suka suasana di sini. Saya yakin dia akan meneruskan komitmen masa depan bersama kelab ini untuk jangka masa lebih lama.

"Semua orang di kelab ini sukakan pemain ini dan dia berusaha menjadikan dirinya sebahagian daripada mereka."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 9:32 PM