PEMAIN West Ham bergembira selepas berjaya bangkit mengikat Spurs. FOTO AFP
PEMAIN West Ham bergembira selepas berjaya bangkit mengikat Spurs. FOTO AFP
Agensi

London: Jaringan menjadi menu yang bakal terhidang ketika West Ham yang bersemangat baharu menerima kunjungan Manchester City di Stadium London malam esok.

Hammers tewas sembilan perlawanan terakhir menentang City dalam semua kejohanan tetapi pengurus, David Moyes yakin skuadnya tidak akan memberi laluan mudah kepada anak buah Pep Guardiola kali ini.

Dengan meledak 10 gol dalam tiga aksi terakhir liga termasuk tiga ketika bangkit meraih satu mata di Tottenham, Moyes mempunyai alasan tuan rumah mampu mencapai keputusan dihajati.

Katanya: "Kami perlu menukar rekod itu. Kami perlu melakukan dengan lebih baik tetapi setakat kami berjaya dan semakin bagus.

"Manchester City salah satu pasukan terbaik di dunia, jadi tidak mudah bagi sesiapa menentang mereka.''

Dengan City menjaringkan 22 gol dan hanya bolos sekali di Stadium London, Moyers menyedari bahaya menunggu skuadnya jika mereka lalai dan melakukan kesilapan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 11:49 PM