AKSI Thomas pada pusingan kedua. FOTO AFP
AKSI Thomas pada pusingan kedua. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Sensasi Amerika Syarikat (AS), Justin Thomas yang sedang memburu gelaran US PGA buat kali ketiga tahun ini, mencatat tujuh bawah par 65 untuk mendahului satu pukulan selepas berakhir pusingan kedua Zozo Championship.

Pemenang PGA Championship 2017 itu membenam tujuh birdie daripada 12 lubang pertama tanpa melakukan bogey untuk catatan keseluruhan 12 bawah par 130 selepas 36 lubang di Sherwood Country Club.

"Memulakan hari ini dengan cuaca yang agak panas. Anda boleh memberi tekanan jika dapat beraksi dengan baik.

"Apabila anda tidak melakukan bogey, pastinya ia pusingan yang amat baik," kata Thomas.

Wakil Afrika Selatan, Dylan Frittelli dan pemain AS, Lanto Griffin kedua-duanya berkongsi kedudukan kedua dengan catatan keseluruhan 13 bawah par 131.

Juara bertahan, Tiger Woods yang muncul juara tahun lalu di Jepun sebelum kejohanan itu terpaksa dipindahkan ke Los Angeles berikutan pandemik Covid-19, melakukan dua bawah par 66 pada pusingan kedua.

"Saya melakukan pukulan lebih baik. Hari ini lebih tepat dan permainan agak baik," katanya.

Woods membenam empat birdie daripada enam lubang pertama dan dua birdie lagi pada tiga lubang terakhir untuk berkongsi kedudukan ke-66.

"Saya tidak beraksi dengan baik semalam dan melakukan hayunan dengan agak teruk. Secara jujur, saya tidak mendapat momentum yang dimahukan.

"Hari ini berbeza. Saya bermula dengan baik dan terus mengekalkan aksi konsisten itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 11:37 AM