TYSON (kanan) berkata Michael tidak menghormatinya. FOTO Agensi
TYSON (kanan) berkata Michael tidak menghormatinya. FOTO Agensi
Agensi

New York: Mike Tyson mendedahkan dia membenci Michael Jackson selepas dimalukan di belakang pentas dalam salah satu konsert ikon pop itu.

Legenda tinju itu ketika ini sedang melakukan persediaan untuk kembali ke gelanggang pada usia 54 tahun bertemu Roy Jones Jr dalam satu perlawanan pertunjukan bulan depan.

Ketika zaman kegemilangannya pada lewat 1980-an serta awal 1990-an, Tyson adalah salah seorang bintang paling dikenali di seluruh dunia.

Antara yang turut dikenali serata dunia ketika itu adalah raja pop, mendiang Jackson.

Bagaimanapun, Tyson mengakui dia lebih banyak berasa berang dengan bintang pop itu yang seolah-olah merendahkan kemampuannya.

Bercakap kepada T.I.'s expediTIously, bekas juara dunia itu berkata: "Pada satu hari saya berjumpa Mike, saya rasa ketika konsert di Cleveland. Saya bersama Don King.

"Ketika itu saya adalah juara, memenangi segalanya dan tidak pernah tewas. Don memberi tanda 'peace' kepada Michael Jackson dan dia membalasnya.

"Kemudian saya memberikan reaksi yang sama, tapi Michael tidak membalas dan meletakkan tangannya ke bawah.

"Dalam hati saya berkata, adakah dia mempermainkan saya? Saya cuba sedapkan hati dengan berasakan Michael bukanlah seorang seperti itu melayan saya sebagai seorang juara."

Tyson dan King kemudian terus ke belakang pentas tetapi sikap tidak menghormati Michael kepadanya berterusan.

"Michael bercakap dengan Don, tidak dengan saya. Kemudian saya cuba bercakap dengannya, tetapi dia menjawab 'adakah saya mengenali anda? Di mana saya kenal anda?'.

"Dia mematahkan ego saya, dia menghancurkan hati saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 1:34 PM