MOMOTA dikatakan sudah kembali pada prestasi terbaik. FOTO AFP
MOMOTA dikatakan sudah kembali pada prestasi terbaik. FOTO AFP
Datuk Jalani Sidek

Berita pemain nombor satu dunia, Kento Momota sudah berada pada prestasi terbaik untuk meraih emas di negara kelahirannya menjelang Sukan Olimpik tahun depan pastinya menjadi satu cabaran kepada barisan pemain lain.

Walaupun kelibat Momota masih belum dapat disaksikan dalam kejohanan kompetitif, ketua jurulatih Jepun, Park Joo Bong percaya anak didiknya itu sudah kembali pada tahap terbaik.

Bagi saya, apa yang dinyatakan Joo Bong itu adalah sekadar untuk membentuk suasana positif bahawa Momota sudah berada di tahap terbaik.

Namun hakikatnya, semua pemain ketika ini sedang bergelut dengan prestasi selepas sekian lama tidak menyertai pertandingan akibat Covid-19.

Malah semua pemain yang layak ke Olimpik, mempunyai peluang yang seimbang untuk memenangi pingat.

Ini kerana suasana menuju ke Olimpik pada kali ini cukup berbeza.

Dengan tidak menyertai kejohanan sejak sekian lama, prestasi setiap pemain tidak kira berstatus bintang atau sebaliknya tetap akan terjejas.

Bagi saya faktor paling penting adalah ketahanan dan keyakinan diri sendiri.

Jika seseorang pemain itu mempunyai faktor yang saya sebutkan tadi, tidak mustahil mereka mampu memenangi pingat di Olimpik.

Jadi mahu tidak mahu pemain seperti Momota perlu membuktikan dahulu kemampuannya pada kejohanan akan datang sebelum bermulanya Olimpik.

Daripada situlah kita akan dapat melihat sama ada dia benar-benar bersedia atau tidak memenangi pingat emas yang eksklusif itu. Jumpa lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 7:52 PM