SEPAKAN akrobatik Antonio (tengah) membolehkan West Ham meraih gol pendahuluan pada separuh masa pertama. FOTO AFP
SEPAKAN akrobatik Antonio (tengah) membolehkan West Ham meraih gol pendahuluan pada separuh masa pertama. FOTO AFP
AFP

London: Phil Foden yang masuk sebagai pemain gantian berjaya menyelamatkan Manchester City apabila menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat West Ham 1-1 sebentar tadi.

Pasukan bimbingan Pep Guardiola ketinggalan hasil jaringan sepakan akrobatik Michail Antonio pada separuh masa pertama di Stadium London.

Bagaimanapun, Foden yang masuk pada separuh masa kedua tidak menunggu lama untuk meledak gol penyamaan namun City gagal untuk mencatat kemenangan selepas hanya menang sekali dalam empat perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL).

City sekarang ini berdepan masalah kecederaan apabila tidak dapat menurunkan Fernandinho, Aymeric Laporte, Nathan Ake dan Gabriel Jesus, sekali gus sukar buat mereka untuk beraksi lebih meyakinkan.

Keputusan itu menyaksikan City kini menghuni kedudukan ke-11 hanya mengumpul lapan mata selepas lima perlawanan dengan dua kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.

West Ham yang berada di kedudukan ke-10 turut mengumpul lapan mata selepas mengharungi enam perlawanan musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 10:03 PM