NAKAGAMI gembira selepas kali pertama akan memulakan saingan MotoGP esok dari petak utama. FOTO AFP
NAKAGAMI gembira selepas kali pertama akan memulakan saingan MotoGP esok dari petak utama. FOTO AFP

Alcaniz: Pelumba Jepun, Takaaki Nakagami berjaya meraih petak utama MotoGP buat kali pertama di Grand Prix (GP) Teruel, manakala pendahulu keseluruhan, Joan Mir hanya menduduki petak ke-12.

Nakagami, 28, yang menandatangani kontrak baru bersama pasukan satelit Honda awal minggu ini, berjaya mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa satu minit 46.882 saat.

Pelumba Itali, Franco Morbidelli, yang mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas, meraih petak kedua selepas hanya ketinggalan 0.063s, manakala Alex Rins pula melengkapkan barisan depan dengan meraih petak ketiga.

Pesaing kejuaraan keseluruhan, Maverick Vinales mencatat masa keempat terpantas, diikuti pelumba Peranciws, Fabio Quatararo, yang ketinggalan enam mata di belakang Mir untuk kedudukan keseluruhan juga akan bermula di barisan kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 10:18 PM