TERBUKA Thailand terus mencatatkan kes positif Covid-19 membabitkan individu yang menyertai kejohanan berkenaan. FOTO Agensi
TERBUKA Thailand terus mencatatkan kes positif Covid-19 membabitkan individu yang menyertai kejohanan berkenaan. FOTO Agensi
AFP

Bangkok: Seorang jurulatih badminton Jerman dan ahli pasukan Perancis disahkan positif Covid-19 dalam ujian yang dilakukan di Yonex Terbuka Thailand, sehari selepas pemain Mesir dikesan menghidap virus berkenaan.

Yonex Terbuka Thailand adalah kejohanan pertama daripada tiga saingan berturut-turut di Bangkok selepas kalendar badminton antarabangsa bersambung semula apabila terjejas disebabkan pandemik berkenaan tahun lalu.

Kedua-dua individu berkenaan di bawah pemantauan di hospital di Bangkok, di mana mereka harus berada di situ minimum 10 hari jelas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebentar tadi.

Badan induk berkenaan berkata, semua pemain yang menjalani ujian semalam memperoleh keputusan negatif dan peraturan penjarakan sosial ketat sudah mula dijalankan.

Pada hari pertama kejohanan, empat pemain disahkan positif dan dua darinya adalah wakil India yang sebelum itu dibawa ke hospital sebelum dibenarkan pulang.

BWF kemudian mengesahkan di antara empat pemain berkenaan salah seorang darinya ialah pemain beregu campuran Mesir, Adham Hatem Elgamal dan terus menarik diri dari kejohanan.

Bintang India, Saina Nehwal adalah di antara tiga pemain yang diuji positif namun dibenarkan untuk beraksi kerana pernah mempunyai sejarah sebelum ini pernah dijangkiti.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 12:00 AM