STERLING terpanggil untuk menubuhkan yayasan membantu golongan remaja kurang berkemampuan. FOTO AFP
STERLING terpanggil untuk menubuhkan yayasan membantu golongan remaja kurang berkemampuan. FOTO AFP
Agensi

Manchester: Penyerang Manchester City, Raheem Sterling bercadang untuk melancarkan yayasan khas bagi membantu kanak-kanak susah.

Pemain berusia 25 tahun itu mengatakan bahawa dia ingin mencipta sesuatu yang memberi impak besar kepada mereka yang akan dibantu bersama pertubuhannya dengan menjurus ke arah mobiliti sosial.

Badan amal bola sepak antarabangsa England yang membantu golongan kurang berkemampuan disokong oleh Marcus Rashford, iaitu pemain yang beraksi dengan seteru kelab Sterling, Manchester United.

"Saya sendiri akan buat apa yang sepatutnya saya lakukan. Sekarang saya cuba untuk melakukan apa yang termampu saya lakukan sendiri.

"Saya ingin menghulurkan bantuan kepada mereka yang kekurangan. Mungkin dari segi menyambung pelajaran ke peringkat universiti, kelengkapan bola sepak dan apa saja barangan lain," katanya.

The Sunday Times melaporkan, Sterling masih lagi sedang melakukan tugas masa akhir mengenai yayasan miliknya namun jumlah sumbangan dianggarkan membabitkan tujuh angka.

Sterling menambah dia sudah meminta kelab dan juga penaja utamanya untuk menambahkan lagi sumbangannya yang mampu mencecah sehingga

It added he has asked his club and his main sponsors to match his contribution, meaning the £10 juta (RM54 juta)

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 11:05 PM