X
Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-Min meledak gol ketika berdepan Burnley pada aksi Liga Perdana. FOTO AFP
Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-Min meledak gol ketika berdepan Burnley pada aksi Liga Perdana. FOTO AFP
AFP

Burnley, United Kingdom: Son Heung-min bergandingan dengan Harry Kane untuk meledak gol tunggal perlawanan ketika membantu kemenangan 1-0 Tottenham ke atas Burnley sekali gus membolehkan skuad kendalian Jose Mourinho melonjak ke tangga kelima carta Liga Perdana.

Kesemua kelab tradisi "big six" sudah tercicir mata yang diperlukan pada awal minggu musim ini dan aksi longlai Spurs tampak akan meninggalkan Turf Moor dengan kekecewaan.

Namun Heung-min penyerang Korea Selatan menjaringkan gol kelapan peribadi dalam liga musim ini pada minit ke-76, apabila menanduk masuk pada jarak dengan hasil hantaran Kane.

Spurs kini memungut 11 mata daripada enam perlawanan, hanya dua mata di belakang pendahulu Everton selepas kemenangan ketiga mereka pada musim ini.

Mourinho memuji bintang serangannya yang kini menggabungkan 29 gol Liga Perdana - hanya Didier Drogba dan Frank Lampard dapat melakukan lebih daripada 36.

"Memang difahamkan ia hadir dari waktu Maurcio (Pochettino's)." kata Mourinho.

"Saya tidak mahu semua kredit kepada diri sendiri, mari berkongsi dengan Mauricio.

"Mereka bergandingan bersama agak lama, kemungkinan dengan cara berbeza kerana Harry tidak selalu menjalankan tugas pemain nombor sembilan sekarang.

"Apa yang lebih membanggakan saya mengenai mereka adalah mereka adalah pemain utama tetapi kawan rapat, tidak cemburu, mereka beraksi demi pasukan."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 7:47 AM