Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu. FOTO Agensi
Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu. FOTO Agensi
AFP

Madrid: Josep Maria Bartomeu meletak jawatan sebagai presiden Barcelona hari ini bersama lembaga pengarah dan meninggalkan kelab itu selepas bersetuju menerima cadangan untuk kelab berkenaan bermain dalam "Liga Super Eropah pada masa depan."

Pemergian Bartomeu hadir selepas menerima tekanan memuncak daripada penyokong kerana secara terbuka bertelagah dengan Lionel Messi.

Peletakan jawatannya boleh memberi kesan terhadap masa depan Messi, yang akan diberikan projek baharu selepas bintang Argentina itu cuba meninggalkan kelab itu pada Ogos.

"Saya mahu memberitahu peletakan jawatan saya bersama semua lembaga pengarah," kata Bartomeu dalam satu pengumuman rasmi.

"Ia keputusan yang tenang dan bukan tergesa-gesa, dengan dipersetujui bersama rakan pengarah."

Bagaimanapun pendedahan mengenai Liga Super pastinya mendatangkan gelombang besar melepasi Catalonia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 7:40 AM