Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne. FOTO AFP
Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne. FOTO AFP
AFP

Marseille: Manchester City mencatat dua kemenangan pada dua perlawanan dalam usaha memburu kegemilangan di Liga Juara-Juara ketika Kevin De Bruyne menyerlah dalam kemenangan 3-0 ke atas Marseille, pagi ini.

Wakil Inggeris itu, yang tidak pernah mara ke peringkat separuh akhir di bawah bimbingan Pep Guardiola kini berada di puncak carta Kumpulan C selepas kejayaan pada perlawanan pembukaan di Porto minggu lalu.

Bos City berkata skuadnya wajar menerima kritikan selepas hanya menang dua daripada lima perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat musim ini, tetapi dia percaya mereka mampu bangkit selepas menunjukkan prestasi baik di Stade Velodrome.

"Sebahagian daripada kritikan itu adalah wajar dan anda harus menerimanya. Ia adalah sebahagian daripada tugas kami.

"Ia mengenai di mana kedudukan kami pada bulan lalu, dengan persediaan yang tidak mencukupi, kecederaan dan Covid-19, tetapi Liga Juara-Juara adalah buktinya.

"Saya pasti kami akan meneruskan aksi konsisten ini... saya sangat berpuas hati dengan permainan kami." kata Guardiola.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 8:00 AM