Joao Felix (kanan) beraksi cemerlang buat Atletico ketika berdepan Salzburg di Stadium Wanda Metropolitano, Madrid. FOTO AFP
Joao Felix (kanan) beraksi cemerlang buat Atletico ketika berdepan Salzburg di Stadium Wanda Metropolitano, Madrid. FOTO AFP
AFP

Madrid: Joao Felix meledak dua gol termasuk jaringan lewat kemenangan ketika Atletico Madrid bangkit menewaskan Salzburg 3-2 di Liga Juara-Juara, pagi ini.

Selepas dibelasah Bayern Munich minggu lalu, satu lagi kekalahan akan meletakkan Atletico berdepan ancaman besar untuk layak dalam Kumpulan A.

Namun dua jaringan Felix menyelamatkan skuad itu dalam kemenangan dramatik di Wanda Metropolitano selepas Salzburg mendahului 2-1 hasil jaringan Dominik Szoboszlai dan Mergim Berisha sejurus selepas rehat babak pertama.

Marcos Llorente menjaringkan gol pendahuluan buat Atletico.

Skuad Diego Simeone akan berkunjung ke Lokomotiv Moscow minggu depan kini di tangga kedua kumpulan selepas Lokomotiv tewas 1-2 kepada Bayern.

Felix kini mengumpul empat gol dalam tujuh perlawanan musim ini buat Atletico, meneruskan permulaan baik musim ini bersama pemain baharu dibeli, Luis Suarez selepas kecederaan Diego Costa.

"Apabila saya beraksi dalam Liga Juara-Juara, itu adalah apa yang saya suka lakukan dan anda boleh lihat kegembiraan ketika saya bermain," kata Felix.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 11:04 AM