NEYMAR berharap dapat membantu Brazil pada perlawanan kedua menentang Uruguay. FOTO AFP
NEYMAR berharap dapat membantu Brazil pada perlawanan kedua menentang Uruguay. FOTO AFP
AFP

Rio de Janeiro: Neymar terlepas aksi bersama Brazil untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 13 November ini berdepan Venezuela selepas dia mengalami kecederaan di bahagian paha.

Bagaimanapun, dia tetap akan bersama pasukan dengan harapan mampu kembali cergas empat hari kemudian bagi aksi menentang Uruguay.

"Kami percaya dengan rawatan intensif, berkemungkinan dia mampu sembuh untuk aksi kedua. Kami akan terus membuat pemantauan mengenai tahap kecederaannya," kata doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu mengalami kecederaan berkenaan pada 28 Oktober lalu dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Istanbul Basaksehir.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2020 @ 12:07 AM