Pemain Atletico Madrid, Yannick Carrasco (kanan) cuba dihalang pemain Barcelona. FOTO AFP
Pemain Atletico Madrid, Yannick Carrasco (kanan) cuba dihalang pemain Barcelona. FOTO AFP
AFP

Madrid: Atletico Madrid mempamerkan aksi cemerlang untuk mengintai peluang memburu kejuaraan La Liga selepas menewaskan Barcelona 1-0, awal pagi ini.

Kemenangan itu sekali gus mencatat permulaan buruk dalam aksi liga dalam tempoh 29 tahun buat Barcelona.

Yannick Carrasco meledak gol jarak jauh selepas kesilapan dilakukan Gerard Pique dan Marc-Andre ter Stegen yang meninggal ruang luas di pintu gol.

Namun Barca dan Lionel Messi yang beraksi di luar kemampuan gagal bangkit di Wanda Metropolitano.

Sebaliknya, rekod kemenangan pertama liga bagi Atletico ke atas Barcelona dalam tempoh 10 tahun itu meletak mereka tiga mata di depan Real Madrid dengan kelebihan satu perlawanan dan di tempat kedua selepas Madrid hanya seri berdepan Real Sociedad.

Barcelona kini di tangga ke-10 dengan 11 mata daripada lapan perlawanan menjadikan ia pencapaian terburuk mereka pada awal saingan sejak musim 1991-92.

"Seperti jurulatih lain, saya bertanggungjawab," kata jurulatih Barca, Ronald Koeman.

"Kami tahu kami harus meningkatkan pencapaian. Saya sentiasa menaruh kepercayaan kepada pemain yang ada."

Real Madrid terdahulu seri 1-1 berdepan Villarreal, satu lagi aksi mengecewakan buat penyandang juara itu sekali gus tumpuan beralih kepada Atletico ketika ini yang beraksi konsisten dan dilihat sebagai kelab pilihan musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2020 @ 10:17 AM