MATTHAEUS (kanan) seronok apabila berdepan dengan Maradona di atas padang. FOTO Agensi
MATTHAEUS (kanan) seronok apabila berdepan dengan Maradona di atas padang. FOTO Agensi
AFP

Berlin: Bekas ketua pasukan Jerman Barat, Lothar Matthaeus menggambarkan legenda Argentina, Diego Maradona, yang dihadapinya pada perlawanan akhir Piala Dunia 1986 dan 1990 adalah 'lawan' paling disukainya.

Matthaeus yang mengawal Maradona pada perlawanan akhir 1986 di Mexico City, jelas sekali tidak dapat mengekang lawannya itu sehingga membolehkan Argentina mencatat kemenangan 3-2.

Bagaimanapun, pemain yang dikawalnya itu meninggal dunia awal pagi tadi selepas mendapat serangan jantung.

Hantaran luar biasa Maradona membolehkan Jorge Burruchaga menjaringkan gol kemenangan empat minit sebelum perlawanan tamat di Estadio Azteca.

"Perlawanan berdepan Maradona adalah sangat penting dan menarik. Itu adalah saat yang akan saya ingat. Ia adalah satu cabaran untuk berdiri di sampingnya. Dia sentiasa bersama saya separuh daripada karier saya. Dia adalah lawan paling menyeronokkan," kata Matthaeus.

Beliau berkata, Maradona mempunyai bakat yang menyamai bintang bola sepak masa sekarang, Lionel Messi.

"Bola sentiasa patuh arahannya, walaupun ketika di situasi yang laju, seperti mana anda lihat Messi sekarang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 10:05 PM