BARISAN pemain Napoli memakai jersi tertera nombor 10 sebagai memperingati Maradona. FOTO AFP
BARISAN pemain Napoli memakai jersi tertera nombor 10 sebagai memperingati Maradona. FOTO AFP
AFP

Naples: Barisan pemain Napoli memberi penghormatan kepada Diego Maradona dengan memakai jersi bernombor 10 sebelum melakar kemenangan 2-0 ke atas Rijeka pada saingan Liga Europa.

"Diego adalah seorang legenda dan tidak akan mati," kata jurulatih Napoli, Gennaro Gattuso.

"Sejak semalam anda dapat menyaksikan bandar ini bertukar suasananya.

"Kami berharap dapat menghadiahkan sesuatu yang penting untuknya dan memenangi trofi kejuaraan. Kami sudah memperkatakan mengenainya di bandar ini selama berpuluh tahun."

Napoli melakar kemenangan menerusi gol sendiri pemain pelawat yang juga pertahanan Itali, Armando Anastasio pada separuh masa pertama.

Hirving Lozano mengesahkan kemenangan menerusi gol kedua selepas menerima hantaran dari Lorenzo.

Skuad bimbingan Gattuso menamatkan menamatkan dua kekahan berturut-turut di gelanggang sendiri dan menduduki tangga teratas Kumpulan F dengan Rijeka di tangga tercorot tanpa sebarang kemenangan selepas empat perlawanan.

"Saya mempunyai banyak kenangan dengannya. Saya berpeluang bercakap dengan Diego banyak kali selain makan malam bersama selama beberapa kali.

"Dia sudah melakukan banyak perkara luar biasa. Dia melakukan kesilapan dalam kehidupan peribadinya tetapi apa yang sudah dilakukan akan kekal dalam ingatan.

"Diego hadir daripada planet lain dan dia akan kekal hidup seperti legenda yang lain," kata Gattuso.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 7:42 AM