MOURINHO (kiri) tidak lupa jasa baik Maradona. FOTO Agensi
MOURINHO (kiri) tidak lupa jasa baik Maradona. FOTO Agensi
AFP

London: Pengurus Tottenham, Jose Mourinho mendedahkan bahawa Diego Maradona akan sentiasa menghubunginya setiap kali mencatat kekalahan.

Legenda yang membawa Argentina muncul juara Piala Dunia 1986 itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 60 tahun.

"Saya menghabiskan masa hari ini menceritakan kisah kepada anak buah saya mengenai beliau.

"Saya sudah pasti akan merindui panggilan telefon yang sentiasa akan hadir selepas kekalahan dan tidak berlaku jika mencatat kejayaan.

"Beliau tahu selepas kejayaan saya tidak memerlukan panggilan telefon, beliau tahu ketika berada dalam kesukaran beliau sentiasa akan ada dan beliau sentiasa berpesan kepada saya jika berdepan detik mengecewakan jangan lupa kenangkan pencapaian terbaik.

"Saya memang selesa dengan cara begini, jadi saya akan sentiasa merinduinya," kata Mourinho.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 7:47 PM